RM23
POSTAGE RM6SM RM10SS
Pati Ibu Syampu keluaran Jamu Jelita menggabungkan
kebaikan kolagen bersama sumber botani seperti gamat, Aloe Vera, daun
Neel dan biji betik yang menyimpan 1001 kebaikan untuk kecantikan dan
kesihatan rambut. Ia sesuai untuk diamalkan setiap hari bagi bagi
mendapatkan rambut yang lebih lebat, halus dan bermaya.
KEBAIKAN PATI IBU SYAMPU
- Menyingkirkan kotoran mahupun minyak pada rambut dan kulit kepala
- Merawat rambut yang rosak dan bermasalah
- Memelihara kelembutan dan kecantikan rambut anda
- Menjadikannya lebih subur dan lebat
- Membantu mencegah dan mengatasi masalah rambut gugur
- Menguatkan rambut dari akarnya
- Merawat masalah kelemumur dan kegatalan
- Menyerlahkan warna sebenar rambut
- Mengatasi dan mengurangkan masalah uban
- Mengatasi masalah rambut bercabang
- Mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala
- Memelihara kesegaran rambut dan kulit kepala
KANDUNGAN PATI IBU SYAMPU
Air (Aqua): Air
bukan sahaja baik untuk kesegaran tubuh serta kecantikan kulit, malah
turut berperanan penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut anda.
Ia bertindak memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping
membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
Sodium Laureth Sulfate: Sebatian
ini yang terhasil dari buah kelapa ini merupakan agen pembuih yang amat
sering digunakan di dalam produk penjagaan diri seperti sabun dan
syampu.
Cocamidopropyl Betaine: Sebatian
organik yang terhasil daripada minyak kelapa ini berfungsi mencuci
minyak dan kotoran dari kulit kepala selain membantu mengatasi masalah
rambut kering dan kelemumur serta menyerap kelembapan ke dalam struktur
rambut dan kulit kepala.
Cocamide DEA: Sebatian
ini terhasil daripada kombinasi asid lemak dan minyak kelapa bersama
diethanolamine serta berfungsi sebagai agen pembuih dan pengemulsi dalam
produk mandian seperti syampu dan sabun. Selain itu, Cocamide DEA
berupaya menanggalkan kekotoran pada rambut dan kulit kepala di samping
membantu menyinar dan melebatkan rambut.
Dimethicone: Merupakan
sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya menghaluskan rambut dan
kulit kepada di samping mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut
anda.
Gliserin: Gliserin
atau glycerol merupakan sebatian organik yang boleh diperoleh daripada
lemak haiwan mahupun sayuran. Ia berfungsi sebagai emolien yang berupaya
mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut dan kulit kepala.
Glycol Stearate: Glycol stearate merupakan sejenis sebatian organik yang bertindak melarutkan kandungan di dalam produk penjagaan diri.
Tetrasodium EDTA: Ramuan
ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan
pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya
memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara
kehalusan rambut dan kulit kepala.
Asid Sitrik: Selain
bertindak sebagai agen pembersih, asid sitrik juga bersifat antioksidan
yang berupaya memperbaharui sel kulit kepala seterusnya merangsang
pertumbuhan rambut di samping membantu mencegah pembiakan bakteria bagi
memelihara rambut anda.
Sodium Klorida: Sodium
klorida atau lebih dikenali sebagai garam merupakan bahan bersifat
antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di
samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada kulit.
Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang
kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
Hydroxypropyl Methylcellulose: Sebatian
ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam
produk ini bagi menggalakkan keberkesanan produk ini.
Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride: Bahan
yang diperbuat daripada gam guar atau guaran ini membantu mengatasi
masalah rambut kusut di samping memelihara kelembapan rambut dan kulit
kepala.
Kolagen: Kolagen
merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk
kesihatan tubuh badan termasuklan rambut dan kulit kepala. Ia
mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang
sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan
kelembapan dan kehalusan rambut serta kulit kepala. Kolagen juga
bersifat antioksidan dan berupaya melebatkan rambut di samping
menjadikannya lebih bermaya dan bersinar.
Tocopheryl Acetate: Sebatian
ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai agen
antioksidan yang berperanan melindungi tisu tubuh daripada kerosakan
yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia sering digunakan di dalam produk
penjagaan diri termasuk syampu bagi membantu menyuburkan rambut di
samping menjadikannya lebih bermaya.
Pewangi: Pewangi
juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan
lagi aroma yang menyegarkan serta mengharumkan rambut anda.
Daun Neel (Indigofera Tinctoria): Daun
neel telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai bahan pewarna organik
bagi menyerlahkan warna rambut di samping membantu mengatasi masalah
rambut gugur. Di samping itu, daun neel juga berupaya mengekalkan
kelembapan rambut serta merapikannya agar rambut anda lebih mudah untuk
diurus.
Gamat (Sea Cucumber): Gamat
merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang yang sarat dengan khasiat
vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium,
zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang
tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya
dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman
serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid
lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel
di samping mengurangkan kerosakan sel. Ia juga mampu memelihara
kesihatan rambut di samping membantu mencegah dan mengatasi masalah
rambut gugur.
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan
yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam
tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim
proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang
masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat
antikulat turut berupaya membantu mengatasi masalah kegatalan dan
kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.
Menthol: Minyak
pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini
merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah
rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl
Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria
daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
CI 19140: Bahan
yang turut dipanggil Tartrazine adalah bahan pewarna sintetik yang
menambah warna kuning lemon ke dalam sesuatu produk makanan mahupun
kosmetik.
CI 42090: Bahan
pewarna sintetik ini turut dikenali sebagai Brilliant Blue FCF yang
menambah warna biru ke dalam produk makanan dan produk penjagaan diri
seperti syampu dan sabun.
Serbuk Arang: Arang
bukan sahaja baik untuk gigi dan kulit, malah berupaya membantu anda
memiliki rambut yang lebih lebat di samping mampu mengatasi masalah
rambut gugur.
Butyrospermum Parkii (Shea Butter): Ramuan
ini merupakan lemak yang diekstrak dari biji pokok Shea yang banyak
terdapat di Afrika. Ia tinggi kandungan asid lemak yang berupaya
memelihara kelembapan kulit kepala mahupun rambut di samping membantu
merawat rambut dan kulit kepala yang rosak akibat pencemaran atau
faktor-faktor lain.
Betik (Carica Papaya): Selain
baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya dengan nutrien yang
berperanan memelihara kelembutan rambut di samping membantu menggalakkan
pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga mampu mengatasi
masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu menyingkirkan kotoran
mahupun minyak dengan selamat, di samping menjadikan rambut anda lebih
bersinar dan bermaya.
CARA PENGGUNAAN PATI IBU SYAMPU
- Lumurkan Pati Ibu Syampu pada rambut yang basah.
- Biarkan selama 1-2 minit.
- Bilas sehingga bersih.
- Untuk hasil yang terbaik, amalkan setiap hari bersama Krim Mahkota Rambut Berherba & Kolagen.
PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!
JUM FOLLOW SAYA DI
INSTAGRAM: Zizi Ezzeta Mad
No comments:
Post a Comment