Wednesday, 31 December 2014

Syampu Ika lurus VAsia

RM25
POSTAGE RM6SM RM10SS

Syampu Ikalurus dirumus khas daripada herba yang diperkaya dengan vitamin, mineral, protein dan kolagen yang baik untuk kesihatan, kesuburan, kecantikkan dan kekuatan rambut. Ia amat baik untuk rambut yang bermasalah seperti kering, gugur, bercabang, kelemumur dan rosak
Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada semua jenis rambut kering,normal dan berminyak.

Kelebihan Syampu Ikalurus:
  • Menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar
  • Menguatkan rambut
  • Melebatkan rambut
  • Menghalus dan melembutkan lagi rambut
  • Membekalkan nutrisi, kolagen, vitamin dan protein yang mencukupi kepada rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Membantu mengatasi masalah rambut gugur dan bercabang
  • Mengatasi kegatalan pada kulit kepala
  • Membantu membasmi kelemumur
KANDUNGAN
Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan lagi kulit.
Sodium Laureth Sulfate: Sebatian ini yang berasal dari buah kelapa ini merupakan agen pembuih amat penting untuk produk penjagaan kulit. Ia selamat digunakan kerana sifatnya yang lembut dan tidak merosakkan kulit.
Cocamidopropyl Betaine: Ia merupakan sebatian organik yang terkandung dalam minyak kelapa dan berfungsi untuk mencuci minyak dan kotoran dari kulit tanpa merosakkan kulit.
Cocamide DEA: Sebatian ini merupakan hasil kombinasi diethanolamide bersama asid lemak dari minyak kelapa. Ia berperanan sebagai agen pembuih selain membantu mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala.
Glycerin: Glycerine merupakan sebatian polyol yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga berperanan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit serta mampu mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
Polyquaternium-7: Selain membantu menambah seri rambut, Polyquaternium-7 berupaya merapi dan merungkai rambut kusut supaya mudah untuk diurus.
Glycol Stearate: Glycol Stearate merupakan sebatian organik hasil kombinasi atom karbon, hydrogen dan oksigen serta bertindak sebagai bahan pengemulsi dalam Ikalurus yang membantu
Minyak Zaitun (Olea Europaea): Selain membantu mencantikkan kulit, ekstrak zaitun juga berupaya membantu mengatasi masalah kelemumur, rambut gugur, uban dan melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak. Selain itu juga, ia juga membantu mengurangkan rambut gugur, membekalkan nutrisi kepada kulit kepala di samping meningkatkan pertumbuhan rambut.
Akar Ginseng: Herba yang sering ditemui di kawasan sejuk di Amerika Utara dan Asia Timur ini berperananan menggalakkan pertumbuhan rambut dan sel-sel kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengukuhkan rambut. Ginseng juga membantu mengatasi masalah kelemumur dan rambut beruban di samping melancarkan peredaran darah di bahagian kulit.
Daun Ginkgo Biloba: Turut dikenali sebagai pokok Maidenhair, Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini diiktiraf oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang tinggi. Ia telah digunakan selama 5 abad di China untuk menggalakkan peredaran darah di bahagian kulit kepala sekaligus membekalkan oksigen dan nutrien kepada folikel yang membantu melebat, mengukuh dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia merangsang penghasilan kolagen dalam tisu kulit membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik dan mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang masih baru, di samping meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan, mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.
Salvia Sclarea (Clary): Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini sering terdapat bahagian utara Mediterranean, Afrika Utara dan Asia Tengah serta hanya tumbuh dua tahun sekali. Salvia Sclarea membantu menyeimbangkan hormon estrogen selain mencegah penebalan tisu membran di sekitar folikel rambut sekaligus mencegah keguguran rambut. Herba ini juga turut membantu mengatasi masalah kelemumur.
Bunga Raya (Hibiscus Abelmoschus): Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Rambut akan sentiasa lembut dan akar rambut semakin kuat. Dapat mengelakkan keguguran dan kebotakkan rambut.
Pro-Vitamin B5 (Panthenol): Panthenol sering terkandung dalam produk penjagaan rambut dan berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.
Susu Kambing: Susu kambing sebenarnya mengandungi lebih banyak nutrien berbanding dengan susu lembu, selain kaya dengan kalsium, protein, fosforus, vitamin B2 dan kalium. Susu kambing membantu melembut dan menjadikan rambut lebih terurus, di samping mengatasi masalah kelemumur dan melembapkan kulit kepala.
Polyquaternium-10: Polyquaternium-10 merupakan sebatian Hydroxyehtyl Cellulose yang telah melalui proses quaternari dan merupakan ejen penebal serta berfungsi sebagai gel. Ia juga menggalakkan penghasilan buih sabun.
Menthol: Sebatian organik yang sering dihasilkan dari pudina dan kayu putih ini sering berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit.
DMDM Hydantoin: Turut dikenali sebagai Glydant, sebatian organik yang bersifat antikulat ini bertindak sebagai bahan pengawet untuk mengekalkan khasiat yang terkandung di dalam syampu Ikalurus.
CI 77266: Bahan pewarna sintetik ini turut dikenali sebagai Carbon Black dan berperanan menambah warna hitam ke dalam produk makanan dan produk penjagaan diri seperi syampu dan sabun.

CARA PENGGUNAAN
  • Basahkan rambut
  • Tuangkan Ikalurus ke tapak tangan dengan kuantiti yang mencukupi untuk rambut anda
  • Sapu pada rambut dan urut selama 1 hingga 2 minit
  • Bilas dengan bersih
  • Gunakan bersama Tonik Suburambut untuk kesan yang optima
Kandungan: 200ml


PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!

JUM FOLLOW SAYA DI
INSTAGRAM: Zizi Ezzeta Mad


No comments:

Post a Comment