Wednesday, 31 December 2014

Day & Night Cream Madu Propolis DHerbs

RM27
POSTAGE RM7SM RM10SS


Miliki wajah yang bebas cela dengan Day & Night Cream Madu Propolis yang mengandungi ekstrak Propolis, Kacang Soya, Aloe Vera dan bunga Camomile yang diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan dan kejelitaan kulit wajah anda. Krim siang dan malam ini mampu mengurangkan kedutan, parut, jerawat dan jeragat yang mengganggu penampilan anda.
Sesuai untuk semua jenis kulit.

KHASIAT DAY & NIGHT CREAM MADU PROPOLIS

  • Mampu merencatkan masalah jerawat dan jeragat
  • Memudarkan parut
  • Menghalus dan mencerahkan kulit
  • Mencegah kulit kusam
  • Meratakan rona kulit
  • Mengecilkan pori
  • Mengurangkan kedutan

KANDUNGAN DAY & NIGHT CREAM MADU PROPOLIS

Cyclomethicone: Merupakan sebuah ejen pelembap, sebatian ini berfungsi mengangkut ke lapisan kulit yang teratas, sekaligus menghalus dan melembapkan kulit anda
Daun Aloe Barbadensis (Aloe Vera): Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Aloe Vera dan Lidah Buaya, ia merangsang penghasilan kolagen dalam tisu kulit dan mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang masih baru, di samping melembap dan menyegarkan kulit. Ia juga mampu melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, mempercepatkan proses penyembuhan, serta merawat kulit yang kering dan rosak.
Isopropyl Myristate: Sebatian ini merupakan ester daripada minyak berasaskan tumbuhan dan asid Myritic. Ia berupaya membantu penyerapan krim ke bawah lapisan kulit.
Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower: Lebih dikenali dengan nama Camomile, bunga ini mengandungi Flavonoid yang amat berkesan untuk merawat penyakit kulit sensitif serta vitamin B yang terkandung di dalam ekstraknya pula berperanan melega, melembap dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kawasan tubuh. Selain itu, bunga Camomile mampu mengurangkan kemerahan pada kulit, membersih kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti radang kulit, ekzema, ruam, jerawat, psoriasis dan bekas alahan kulit.
Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai antioksida yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Tocopheryl Acetate juga mampu mencegah penuaan kulit, mengatasi radang kulit serta memperbaiki struktur kulit.
Retinol: Retinol turut dipanggil Vitamin A mengandungi agen antioksida yang mampu meneutralkan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit. Ini bermakna vitamin A mampu mencegah kedutan selain meningkatkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit. Retinol juga berkesan untuk merawat masalah kulit seperti jerawat dan ekzema.
Hydrolyzed Soy Protein: Biji kacang soya yang telah melalui proses hidrolisis ini diperakui mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit kita. Ia lengkap dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Kacang soya juga berperanan menghapuskan sel kulit mati di samping melembap, meremaja dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit kita. Tumbuhan yang berkhasiat tinggi ini juga berupaya mengurangkan garis-garis halus pada kulit, memudarkan tanda-tanda penuaan, serta melindungi kerosakan kulit berikutan sinar ultraviolet.
Sengkuang (Pachyrhizus Erosus Root): Sengkuang yang kaya dengan serat ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada hidangan di Malaysia, malah mempunyai khasiat untuk menyihatkan kulit. Selain kaya dengan serat, sengkuang turut mengandungi vitamin B1 dan C yang berperanan melembap, menegang, mencerah serta menghaluskan kulit, selain menghapuskan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan kedutan pada kulit.
Rosa Rubiginosa Seed Oil: Bunga yang sering ditemui di Eropah dan Asia Barat ini kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin C, agen antioksida, diuretik, asid sitrik, magnesium, protein, dan sukrosa yang berperanan memelihara kesihatan kulit di samping melindungi kulit daripada jangkitan. Berikutan kandungan vitamin C dan asid Gamma Linolenic yang tinggi, minyak biji Rosa Rubiginosa mampu mencegah penuaan kulit yang berkesan selain berperanan meningkatkan keanjalan dan pertumbuhan sel-sel kulit serta mengurangkan garis-garis halus dan kesan kulit kering. Ramuan ini juga mampu melembapkan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, dermatitis dan kedutan kulit.
Soluble Collagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan hidupan lain. Ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Ia berupaya melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, kolagen juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dam tahap metabolisme tubuh badan.
Propolis: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksida yang efektif selain flavonoid yang mampu mengurangkan rasa sakit pada kulit tubuh. Selain itu, Propolis amat berkesan merawat jangkitan pada kulit, menentang mikrobiotik dan bakteria, mengatasi luka, lebam dan radang kulit.  Ramuan yang berkhasiat ini juga berfungsi dengan baik untuk merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang kulit.

CARA PENGGUNAAN DAY & NIGHT CREAM MADU PROPOLIS

  1. Oles dan ratakan Day & Night Cream Madu Propolis pada seluruh wajah
  2. Boleh dipakai pada waktu siang dan malam
  3. Gunakan selepas menggunakan Toner Madu Propolis
  4. Sesuai untuk semua jenis kulit
Kandungan : 15gm

PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!

JUM FOLLOW SAYA DI
INSTAGRAM: Zizi Ezzeta Mad

No comments:

Post a Comment