RM25
POS RM10
Pearl White Coffee yang mempunyai aroma dan rasa yang enak ini dirumus menggunakan biji kopi Arabica yang bermutu tinggi bersama guarana, glutawhite dan kolagen yang bukan sahaja mampu menyegarkan serta menyihatkan tubuh badan, malah mampu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit.
KHASIAT PEARL WHITE COFFEE
- Menganjal dan menggebukan kulit
- Memelihara kelembapan kulit seterusnya mengatasi masalah kulit kering
- Mencerahkan kulit secara menyeluruh
- Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut, jeragat dan kedutan
- Memelihara keremajaan kulit
- Mengurangkan tahap kolestrol dan gula dalam darah
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Meningkatkan tahap metabolisme
- Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
- Mencegah penyakit kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah, paru-paru dan saluran darah
- Menyegar dan mencergaskan tubuh badan
- Memelihara kesihatan tubuh secara menyeluruh
KANDUNGAN PEARL WHITE COFFEE
Kopi Arabica: Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkir toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
Krimer: Ia mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
Guarana: Berasal dari Amazon di Brazil, Guarana kaya dengan kandungan kafein bagi membantu menyegarkan tubuh badan. Guarana mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat mineral dan vitamin B kompleks yang mampu memulihkan struktur sel dalam tubuh, memelihara kesihatan organ dalaman dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu mencegah penyakit serta meningkatkan sistem metabolisme seterusnya menjana pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Glutawhite: Glutawhite atau Glutathione terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, glycerin dan glutamic yang berfungsi menyingkir toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping beruupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga adalah agen antioksida yang berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Menurut pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk membekalkan nutrisi penting dalam tubuh.
Tomato: Tomato terbukti mampu mengecilkan liang pori, menghapuskan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada permukaan kulit seterusnya membantu mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
Astaxanthin: Astaxanthin merupakan agen antioksida yang sering terkandung di dalam ramuan semulajadi seperti ikan salmon, yis, ketam dan udang. Selain meneutralkan kesan radikal bebas bagi mencegah kerosakan sel, astaxanthin turut berupaya melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit seperti radang, kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia turut mampu meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tahap kolestrol, mengurangkan tahap gula dalam darah serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV).
Ceri Acerola: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang berkesan untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas daripada serangan bakteria yang merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang kerosakan sel dan proses penuaan kulit.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit dan memelihara keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot, dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
Garam: Garam merupakan bahan mineral yang komponen utamanya ialah sodium klorida. Garam yang bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada tubuh badan. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
Gula: Selain menambahkan lagi rasa manis dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.
CARA PENGGUNAAN PEARL WHITE COFFEE
- Campurkan kandungan 1 uncang Pearl White Coffee ke dalam secawan air panas atau suam.
- Kacau hingga larut.
Sedia untuk diminum.
Kandungan : 10 uncang
PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!
JUM FOLLOW SAYA DI
INSTAGRAM: Zizi Ezzeta Mad
No comments:
Post a Comment