Tuesday 12 January 2016

Nour Ain Beauty Set 3 in 1


RM45
POS RM7SM RM10SS

Beauty  Set Nour Ain dilengkapi dengan Beauty Soap, UV+ Foundation dan Night Cream yang dirumus khusus untuk memelihara kecantikan kulit wajah. Ia mampu menyingkir cela di samping membantu anda memiliki kulit wajah yang tampil lebih muda dan berseri.
Kandungan:    
Beauty Soap (70 gm)
UV+ Foundation (10 gm)
Night Cream (10 gm)

Beauty Soap Nour Ain
Membersihkan wajah tanpa mengeringkan kulit
Membantu mengawal kadar minyak pada kulit
Membantu membersihkan liang pori yang tersumbat
Mengekalkan kelembutan dan kehalusan kulit
Membantu mencerahkan kulit wajah

UV+ Foundation
Melindungi kulit daripada sinaran UV
Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
Memperbaiki struktur kulit
Mencegah proses penuaan kulit
Night Cream Nour Ain

Memudarkan kesan parut, jeragat dan jerawat
Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
Mengecilkan liang pori
Mengatasi masalah kulit kusam
Mengimbangi tona kulit agar lebih sekata
Memelihara kelembapan kulit
Menghaluskan kulit
Tidak mengelupaskan kulit
Sesuai untuk semua jenis kulit

Kandungan Beauty Care Set Nour Ain
Beauty Soap Nour Ain

Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk melindungi sel kulit daripada kerosakan serta mencegah jangkitan bakteria dan kuman. Minyak kelapa dara juga bertindak menghalus dan melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) yang akan merosakkan kulit.
Minyak Zaitun: Minyak zaitun ternyata mempunyai khasiat yang pelbagai bagi kulit, rambut serta kesihatan dalaman. Ia tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit. Minyak Kelapa Sawit:
Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
Melaleuca Alternifolia (T-tree): Ekstrak dari pokok tea tree atau gelam wangi kaya dengan zat terpenoid serta bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman, membantu memulihkan luka, mengatasi kesan alahan pada kulit di samping berupaya memperbaiki struktur kulit, mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, radang dan kegatalan serta menyejukkan dan mendinginkan kulit.
Sodium Palm Kernelate: Sodium Palm Kernelate merupakan garam organik yang terhasil daripada biji kelapa sawit ini memelihara kelembapan kulit.
Limau Nipis (Lime): Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Tumbuhan ini juga berupaya menyahtoksin, mengurangkan kedutan, mengurangkan minyak pada wajah, menghilangkan jerawat dan bintik hitam serta mengecilkan pori-pori, selain bertindak menghalus dan mencerahkan lagi kulit wajah.
UV+ Foundation

Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate, sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV, selain mengurangkan kemunculan parut.
Propylene Glycol: Propylene Glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini.
PEG-100 Stearate: Sebatian yang terhasil daripada minyak asli sama ada dari sumber kelapa atau kelapa sawit ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam sesebuah produk seterusnya membantu menggalakkan fungsi ramuan tersebut, di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
Cyclomethicone: Cyclomethicone adalah sejenis cecair yang bebas daripada alkohol yang berfungsi sebagai bahan pelarut yang lembut untuk kulit.
Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
Asid Hydroxystearic: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak castor ini berperanan sebagai emolien bagi memelihara kelembapan kulit.
DMDM Hydantoin: Sebatian organik yang bersifat antikulat dan sering digunakan di dalam produk penjagaan diri ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah jangkitan kuman dan bakteria yang boleh merosakkan produk ini.
Alumina (Aluminium Oksida): Sebatian yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri ini berfungsi sebagai ejen penebalan bagi kandungan produk ini.
Silica: Silica atau silikon dioksida merupakan sebatian organik yang berfungsi sebagai bahan pengawet serta mengekalkan nutrien yang terkandung di dalam produk ini.
Sodium Polyacrylarmide:  Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan setiap ramuan tersebut.
Hydrogenated Polydecene: Bahan polimer sintetik ini merupakan emolien yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri bagi membantu memelihara kelembapan kulit.
Laurerth-7: Laureth-7 adalah sebatian sintetik yang berperanan sebagai pengemulsi bagi menyatukan setiap ramuan di dalam produk ini sekaligus menggalakkan fungsi ramuan tersebut.
Methyldibromo Glutaronitrile: Bahan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah jangkitan kuman dan bakteria yang boleh merosakkan produk ini.
Night Cream Nour Ain

Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan tubuh badan. Ia menggalakkan fungsi organ dalaman, membantu mengawal pengambilan kalori dan membantu buah pinggang menyingkir toksin dari tubuh. Air juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, memelihara usus dan menyegarkan tubuh badan.
Propylene Glycol: Propylene Glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini.
Alkohol Cetearyl: Ia merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menggalakkan fungsi ramuan lain di dalam produk ini selain membantu menyerap kelembapan ke dalam lapisan kulit, selain melindungi kulit daripada kerengsaan.
Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate, sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV, selain mengurangkan kemunculan parut.
Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
Propyl Myristate: Sebatian ini merupakan minyak sintetik yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu menentang pembiakan bakteria.
Tocopherol: Tocopherol yang turut dipanggil vitamin E ini membantu menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
Polyglyceryl-6 Tristearate: Bahan ini merupakan bahan pengemulsi yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini seterusnya membantu menggalakkan fungsi setiap ramuan.
Triethanolamine: Bahan ini adalah sejenis cecair sintetik yang sering digunakan sebagai bahan pengemulsi di dalam produk penjagaan diri untuk menggalakkan fungsi setiap bahan lain di dalam produk tersebut.
Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang merupakan bahan pengawet dan sering digunakan kosmetik, vaksin dan farmaseutikal.
Sodium Ascorbyl Phosphate: Sodium Ascorbyl Phosphate merupakan sebatian yang terhasil daripada vitamin C yang tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
Retinyl Acetate: Retinyl Acetate atau lebih dikenali sebagai vitamin A berupaya merangsang lapisan dermis yang mengandungi kolagen, elastin dan saluran darah sekaligus membantu melancarkan peredaran darah ke permukaan kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Selain itu, vitamin A turut membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengawal penghasilan jerawat dan kadar sebum atau minyak, menyingkir sel kulit mati seterusnya menghaluskan kulit dan memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta melindungi kulit daripada kanser kulit dan proses penuaan yang diakibatkan oleh pancaran radiasi ultraviolet.
Minyak Jojoba (Simmondsia Chinensis): Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.

Cara Penggunaan Beauty Care Set Nour Ain
Cuci wajah dengan Beauty Soap dan keringkan. 

Gunakan setiap pagi dan malam.
Siang: Sapu dan ratakan UV+ Foundation pada wajah dan leher.
Malam: Sapukan Night Cream secara nipis pada wajah dan leher.
Disyorkan untuk menggunakan Facial Toner sebelum menyapu UV+ Foundation mahupun Night Cream pada kulit untuk kesan yang optima.


PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!

JUM FOLLOW SAYA DI
INSTAGRAM: Zizi Ezzeta Mad
-FB- ZIZI EZZETA MAD

No comments:

Post a Comment