Thursday 23 July 2015

Lulur Buah Jamu Jelita


RM17
POS RM7SM RM10SS

KEBAIKAN LULUR JAMU JELITA

  • Menyegarkan tubuh badan
  • Menggebu dan menghaluskan lagi kulit
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, selulit dan parut
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Menyerlahkan keremajaan kulit
  • Membuang angin dalam badan
  • Menggalakkan pembakaran lemak
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Mengharumkan tubuh badan

KANDUNGAN LULUR JAMU JELITA

Lulur Buah
  • Strawberi:Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C dan asid elagik yang berperanan meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit di samping kandungan asid salisilik yang berupaya membuang sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori sekaligus menghaluskan lagi kulit. Di samping itu juga, strawberi turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan cela pada wajah, merawat kesan alahan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang mempercepatkan proses penuaan.
  • Oren:Oren kaya dengan kandungan serat, vitamin C dan A, kalsium serta potassium yang dapat membantu mengurangkan risiko serangan kanser kulit, memelihara kesihatan kulit serta melindungi kulit daripada proses penuaan dan jangkitan penyakit.
  • Blueberi:Blueberi merupakan agen antioksida yang bertindak meneutralkan radikal bebas di samping membantu melambatkan proses penuaan serta menentang risiko serangan jantung dan strok. Ia juga berupaya memperbaiki struktur kulit, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan tahap gula dalam darah dan memelihara saluran pencernaan daripada jangkitan. Blueberi juga kaya dengan zat polyphenol yang berupaya membakar lemak dalam tubuh terutamanya di bahagian perut selain kandungan serat yang mampu mengurangkan selulit.
  • Bengkoang: Bengkoang atau sengkuang yang kaya dengan serat ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada hidangan di Malaysia, malah mempunyai khasiat untuk menyihatkan kulit. Selain kaya dengan serat, sengkuang turut mengandungi vitamin B1 dan C yang berperanan melembap, menegang, mencerah serta menghaluskan kulit, selain menghapuskan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan kedutan pada kulit.
  • Nanas: Nanas mengandungi enzim Bromolina yang berfungsi sebagai agen anti-radang yang mampu memelihara kesihatan otot dan kulit, sekaligus berupaya mengurangkan selulit.
  • Epal: Buah epal yang bertindak sebagai agen antioksida ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menyahtoksin, meningkatkan kehalusan, kelembapan dan kecerahan kulit, serta merawat masalah seperti parut, jerawat, jeragat, kulit kusam serta kedutan dan garis-garis halus pada kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat di samping menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Delima:Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan dan serangan kanser. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Walnut:Walnut kaya dengan vitamin B-kompleks dan E yang bersifat antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan sel kulit serta melambatkan proses penuaan, di samping membantu memelihara kelembapan kulit dan menyerlahkan seri kulit dari dalam.
  • Timun: Timun tinggi kandungan antioksidan bagi mencegah radikal bebas seterusnya memelihara kulit daripada proses penuaan, di samping tinggi kandungan air yang berupaya menyingkir toksin dan memelihara kelembapan kulit. Timun turut berupaya menegangan kulit, mengecilkan liang pori, memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata dan berseri serta kaya dengan vitamin E dan potassium yang berupaya mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus serta sebarang cela yang mengganggu penampilan.
  • Anggur:Anggur ternyata kaya dengan khasiat dari sumber vitamin B2 yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Anggur juga mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran cahaya matahari, mengurangkan kesan parut dan memperbaiki tona kulit agar ia sekata di samping membantu memelihara kehalusan dan keremajaan kulit.
  • Zaitun:Minyak zaitun ternyata mempunyai khasiat yang pelbagai bagi kulit, rambut serta kesihatan dalaman. Ia tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit.
  • Limau Nipis:Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit.
  • Kolagen Terhidrolisis:Gelatin atau kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.
  • Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Vitamin E: Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
Lulur Rempah
  • Lada Hitam:Ekstrak lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut.
  • Buah Pelaga: Buah yang tinggi kandungan antioksidan ini bukan sahaja mampu melambatkan proses penuaan, malah turut berupaya membuang angin dalam badan serta membasmi bakteria seterusnya membantu mengatasi masalah bau badan dan kerosakan pada sel kulit.
  • Jintan Putih:Jintan Putih sememangnya antara tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat seperti mampu mencegah kanser, meningkatkan sistem imunisasi, menyahtoksin serta membuang angin dalam badan
  • Jintan Manis:Ia kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai agen anti-oksida untuk meneutralkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.
  • Ketumbar:Biji ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem penghadaman dan pencernaan.
  • Kayu Manis:Di samping berupaya memelihara kesihatan dalaman, kulit kayu manis turut berupaya mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit di samping mengatasi bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, memulihkan senggugut bagi wanita, mengecutkan jerawat serta membantu mengekalkan kehalusan kulit.
  • Bunga Lawang: Herba ini bukan digunakan dalam masakan, tetapi turut berupaya membuang angin dalam badan.
  • Cengkih:Di samping membekalkan tenaga seksual, cengkih yang bersifat antiseptik ini turut berupaya membasmi bakteria, mengurangkan radang dan kekejangan otot di samping membantu mengatasi penyakit kulit serta melancarkan peredaran darah seterusnya mengurangkan kesakitan mahupun ketidakselesaan pada tubuh. Cengkih turut kaya dengan antioksidan dari sumber vitamin A dan C yang berperanan menyingkirkan toksin di samping membantu memelihara kehalusan dan kelembapan kulit.
  • Buah Keras: Di samping membantu merawat cirit-birit, buah keras turut berupaya mengurangkan kesan regangan terutamanya pada bahagian perut, kesan kulit terbakar serta membantu mempercepatkan pemulihan luka dan lebam.
  • Halia:Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, membantu memelihara sistem saraf di samping membantu menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan. Ia turut berupaya mengurangkan kesan parut, menjadikan kulit lebih berseri di samping berfungsi sebagai agen antioksida yang baik bagi melambatkan proses penuaan kulit.
  • Asam Jawa:Asam Jawa yang kaya dengan kandungan vitamin C ini bersifat antioksidan dan berupaya melambatkan proses penuaan di samping membantu menyingkir sel kulit mati, meningkatkan kecerahan dan keremajaan kulit anda.
  • Serai:Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat sakit kepala, otot dan sendi di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan menyingkirkan toksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Selain menggalakkan fungsi sistem saraf, menyihatkan kulit, serai juga mengandungi sebatian Citral yang membantu mematikan sel kanser dalam tubuh badan.
  • Pegaga: Pegaga mampu mengatasi keletihan, mengurangkan kesan selulit serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya membantu mencegah serangan penyakit serta menggalakkan penurunan berat badan.
  • Limau Nipis:Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit.
  • Kolagen Terhidrolisis:Gelatin atau kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka, selain membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Vitamin E: Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.

CARA PENGGUNAAN LULUR JAMU JELITA

  1. Lulur, rata dan gosokkan Lulur Jamu Jelita ke seluruh tubuh terutamanya pada bahagian yang berlemak dan bermasalah.
  2. Biarkan selama 5 hingga 7 minit dan bilas hingga bersih.
  3. Disyorkan untuk menggunakan Lulur Jamu Jelita 2 hingga 3 kali seminggu.



PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!

JUM FOLLOW SAYA DI
INSTAGRAM: Zizi Ezzeta Mad


No comments:

Post a Comment