RM198
POS RM7SM RM10SS
SET BERSALIN JAMU MAK DARA
Set Bersalin Jamu Mak Dara dilengkapi dengan Tungku Kukus Beherba, Bengkung, Param Pilis, Minyak Telon, Jamu Mak Dara, Losyen Susut dan Bauan Herba yang dirumus menggunakan 100% herba asli khusus untuk merawat dan mengembalikan tenaga ibu selepas melahirkan anak.
Produk-produk di dalam Set Bersalin Jamu Mak Dara mengandungi ramuan semulajadi yang merupakan amalan turun-temurun bagi membantu merawat ibu dalam pantang.
Di samping membantu mengembalikan tenaga ibu bersalin, amalan berpantang menggunakan Set Bersalin Jamu Mak Dara turut berupaya mengecut dan menguatkan otot rahim yang lemah akibat proses kehamilan dan melahirkan anak selain membantu mengembalikan kelangsingan tubuh ibu dalam pantang.
Ia turut berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada serangan penyakit seterusnya menjadikan tubuh ibu bersalin lebih segar dan bertenaga.
Set Bersalin Jamu Mak Dara Mengandungi:
· Bengkung (1 helai)
· Bauan Herba
· Losyen Susut Mak Dara (80 ml)
· Jamu Mak Dara Gold (60 biji) x 2
· Tungku Kukus Beherba (200 g)
· Minyak Telon (15 ml)
· Param Pilis Mak Dara (120 ml)
KEBAIKAN SET BERSALIN JAMU MAK DARA
· Merawat kaum ibu selepas melahirkan anak
· Mengembalikan tenaga ibu bersalin
· Memepercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
· Membuang angin dalam badan
· Meredakan kekejangan otot
· Mengembalikan kelangsingan tubuh
· Membantu mengecutkan dan menguatkan otot rahim
· Mengatasi keletihan dan kelesuan
· Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
· Menyegarkan tubuh badan
· Memelihara kehalusan kulit
KANDUNGAN SET BERSALIN JAMU MAK DARA
Bauan Herba
· Buah Pelaga: Tumbuhan ini sering digunakan secara tradisional bagi merawat masalah pernafasan, selsema, pening kepala, serta tekanan.
· Cengkih: Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.
· Buah Pala: Buah Pala sememangnya kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, protein, kalium dan berperanan mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi di samping melancarkan saluran pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat kulit yang berjerawat.
· Lada Hitam: Ekstrak lada hitam berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut.
Losyen Susut Mak Dara
· Krim Asas: Krim asas merupakan antara bahan utama yang digunakan di dalam produk ini serta berupaya memelihara dan melindungi kulit di samping mengekalkan kelembapan kulit.
· Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan kulit.
· Acrylate: Bahan ini berperanan sebagai bahan penstabil bagi melindungi produk ini daripada kelembapan di samping membantu memelihara kulit daripada kerosakan.
· Cili Capsicum: Cili capsicum atau cili bulat bersifat antioksidan dan antiradang serta berupaya menentang serangan kanser di samping membantu membuang angin dalam badan, meredakan kekejangan otot, penyakit dan migrain.
· Neolone: Bahan ini bertindak sebagai bahan pengawet yang berfungsi melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan akibat serangan kulat dan bakteria.
· Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksidan dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga melancarkan peredaran darah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit anda.
· Limau Nipis (Lime): Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit.
· Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang penting untuk tubuh badan manusia. Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya menyejuk dan menyegarkan kulit, di samping meredakan sakit kepala dan tekanan.
Jamu Mak Dara Gold
· Pippali (Piper Longum): Selain berupaya melancarkan proses penghadaman, herba ini turut digunakan dalam rawatan tradisional India atau Ayurveda bagi membantu membuang angin dalam badan, merawat masalah kesuburan, pedih ulu hati, ketegangan otot, senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu memulihkan ibu bersalin.
· Manjakani (Croton Caudatum): Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.
· Helicteres Isora: Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini turut kaya dengan kandungan serat, protein, kalsium, zat besi dan fosforus yang berupaya menggalakkan fungsi organ dalaman, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, menguatkan sistem imunisasi bagi membantu menentang serangan penyakit di samping mengekalkan kehalusan dan keanjalan kulit. Ia turut mengandungi phenol, flavonoid, phytosterol dan karotenoid yang tinggi kandungan antioksidan ini merupakan mengurangkan kandungan kolestrol, mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
· Hippocratea Indica: Tumbuhan ini berupaya mengatasi radang yang merupakan tindak balas sistem imunisasi kepada jangkitan atau gangguan akibat peningkatan sel darah putih. Ia juga mampu mencegah bakteria, di samping melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan kadar kolestrol seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berikutan kewujudan sebatian kimia flavanoid, tannin, saponin dan alkaloid dalam tumbuhan ini.
· Biji Ketumbar (Coriandrum Sativum): Biji ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem penghadaman dan pencernaan.
Tungku Kukus Beherba
· Kunyit: Selain digunakan sebagai bahan masakan dan membuang angin dalam badan, kunyit yang bersifat antioksidan dan antiseptik ini turut bermanfaaat dalam rawatan kulit. Ia membantu menentang proses penuaan, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah jerawat, serta melancarkan peredaran darah.
· Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
· Serai Wangi: Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.
· Lengkuas: Lengkuas bukan sahaja digunakan sebagai bahan masakan, malah turut mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Lengkuas yang bersifat antiradang ini membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan dan mengatasi masalah kulit seperti selulit. Herba ini juga turut membantu meredakan kesakitan pada otot selain berupaya membantu merawat dan mengurangkan risiko tumor.
· Kapur: Kapur yang sering dimakan bersama daun sirih ini dihasilkan daripada cengkerang hidupan laut seperti kepah, kupang dan siput melalui proses pembakaran sehingga menjadi abu. Ia sebenarnya baik untuk kesihatan di mana kapur membantu mengurangkan bengkak, menyingkir bau badan yang kurang menyenangkan di samping membantu mencegah dan merawat rekahan pada perut selepas melahirkan anak.
· Daun Asam Jawa: Asam Jawa yang kaya dengan kandungan vitamin B dan kalsium ini berupaya membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti masalah pernafasan, demam dan penyakit kulit di samping mempercepatkan pemulihan luka dan mengatasi perut kembung. Selain itu, Asam Jawa turut berfungsi mengurangkan sakit sendi dan radang, di samping membantu mengukuhkan tulang dan otot.
Minyak Telon
· Minyak Putih: Minyak putih terhasil daripada proses penyulingan petroleum dan berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
· Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang penting untuk tubuh badan manusia. Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya menyejuk dan menyegarkan kulit, di samping meredakan sakit kepala dan tekanan.
· Limau Nipis: Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit.
· Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, membantu memelihara sistem saraf di samping membantu menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan.
Param Pilis Mak Dara
· Krim Asas:Krim asas merupakan antara bahan utama yang digunakan di dalam produk ini serta berupaya memelihara dan melindungi kulit di samping mengekalkan kelembapan kulit.
· Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan kulit.
· Acrylate: Bahan ini berperanan sebagai bahan penstabil bagi melindungi produk ini daripada kelembapan di samping membantu memelihara kulit daripada kerosakan.
· Beras: Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.
· Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diambil ibu dalam pantang.
CARA PENGGUNAAN SET BERSALIN JAMU MAK DARA
Bauan Herba
· Hidu Bauan Herba sebanyak 3 kali atau lebih.
Losyen Susut Mak Dara
· Sapu losyen ini ke seluruh tubuh atau bahagian yang dikehendaki.
· Urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam kulit.
· Boleh digunakan pada bila-bila masa.
· Untuk kegunaan luaran sahaja.
Jamu Mak Dara Gold
· Ambil 2 biji kapsul setiap hari pada waktu pagi dan petang.
· Jauhkan daripaa kanak-kanak.
· Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.
· Produk ini merupakan persediaan herba. Dapatkan nasihat doktor jika penyakit berlarutan.
Tungku Kukus Beherba
· Basahkan tungku dengan sedikit air sehingga ia lembap.
· Panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
· Lapiskan dengan satu lapis kain dan tuam pada bahagian yang bermasalah.
· Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
· Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.
Minyak Telon
· Sapukan Minyak Telon pada dada, perut, pinggang, punggung dan tapak kaki bayi.
· Sesuai digunakan setiap kali selepas mandi.
Param Pilis Mak Dara
· Sapu minyak Param Pilis Mak Dara ke seluruh tubuh atau bahagian yang dikehendaki.
· Urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam kulit.
· Boleh digunakan pada bila-bila masa.
· Untuk kegunaan luaran sahaja.
Bengkung
· Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
· Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
· Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
· Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan lilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
· Anda disyorkan untuk memakai bengkung setiap pagi sejurus selepas mandi dan amalkannya setiap hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
· Digalakkan untuk memakai Losyen Susut Mak Dara dan Param Pilis untuk hasil yang optima.
PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!
INSTAGRAM: ZiziEzzetaMad
-FB-
No comments:
Post a Comment