Monday, 6 October 2014

Inai Herba - 2 pilihan (V'asia)


RM25
POS RM7SM RM10SS

Inai + Herba dihasilkan dengan ramuan organik tanpa ammonia dan mengandungi pelbagai jenis ramuan semulajadi yang kaya dengan vitamin, protein dan mineral dan amat berkesan untuk membantu menukar rambut beruban menjadi perang dan berkilat, di samping melembap dan menyihatkan akar rambut secara semulajadi. Ia mudah, suci dan selamat untuk digunakan. 

Kandungan yang terdapat di dalam inai herba ialah:
  • Inai Perang 1 / Hitam 1 (20 ml)
  •  Inai Perang 1 / Hitam 2 (20 ml)
  • Sarung tangan

Khasiat

  • Menukar rambut beruban kepada warna perang
  • Melembapkan rambut dan kulit kepala
  • Menyihatkan akar rambut
  • Mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur
  • Merawat hujung rambut yang bercabang
  • Membekalkan nutrisi kepada kulit kepala
  • Melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak

Kandungan


Inai (Lawsonia Inermis): Selain berperananan membantu mengatasi masalah keguguran rambut, daun inai mengandungi glukosid dan asid henotanik yang bertindak sebagai bahan pewarna dan bergabung dengan kolagen yang terkandung di dalam rambut untuk menukar warna rambut.
Noni (Morinda Citrifolio): Buah noni atau lebih dikenali sebagai mengkudu yang ternyata mengandungi pelbagai khasiat bersumberkan vitamin, mineral dan protein untuk membantu merawat masalah rambut gugur dan kelemumur di samping melembut dan melembapkan kulit kepala. Herba yang bersifat antioksidan ini juga sarat dengan zat terpenoid yang berperanan membantu memperbaiki sel-sel pada tubuh.
Pro-Vitamin B5: Pro-Vitamin B5 yang turut dikenali sebagai Panthenol sering terkandung dalam produk penjagaan rambut dan berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.
Susu Kambing: Susu kambing sebenarnya mengandungi lebih banyak nutrien berbanding dengan susu lembu, selain kaya dengan kalsium, protein, fosforus, vitamin B2 dan kalium. Susu kambing membantu melembut dan menjadikan rambut lebih terurus, di samping mengatasi masalah kelemumur dan melembapkan kulit kepala.
Zaitun: Selain membantu mencantikkan kulit, ekstrak zaitun juga berupaya membantu mengatasi masalah kelemumur, rambut gugur, uban dan melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak. Selain itu juga, ia juga membantu mengurangkan rambut gugur, membekalkan nutrisi kepada kulit kepala di samping meningkatkan pertumbuhan rambut.

Cara Penggunaan

  1. Basahkan rambut
  2. Bancuh Inai Perang 1 dan Inai Perang 2 dan kacau hingga sebati
  3. Pakai sarung tangan dan ratakan campuran inai pada rambut
  4. Biarkan selama 5 minit
  5. Bilas dengan air sehingga bersih
  6. Keringkan rambut
  7. Jauhkan dari bulu mata, kening, mata dan kulit
  8. Jika rambut anda baru sahaja diwarnakan atau dikerintingkan, tunggu selama 7 hari sebelum menggunakan produk ini
  9. Jika terdapat alahan atau reaksi pada kulit, bilas dengan bersih dan dapatkan rawatan susulan
  10. Jika campuran inai terkena pada kulit, lap dengan tisu atau tuala
  11. Jauhkan dari kanak-kanak
  12. Jangan hidu atau telan

PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!

JUM FOLLOW SAYA DI
INSTAGRAM: Zizi Ezzeta Mad

No comments:

Post a Comment