RM52
POS RM7SM RM10SS
Jelitawan keluaran V’Asia merupakan minuman lengkap 8 dalam 1 yang diperkaya dengan bahan semulajadi yang menyimpan sejuta khasiat khusus untuk wanita yang mementingkan kejelitaan dan keremajaan serta kesihatan tubuh badan yang berpanjangan.
Rumusan pelbagai jenis herba tradisional dan tumbuh-tumbuhan bermutu tinggi yang terkandung di dalam produk Jelitawan ini tidak dinafikan kebaikannya untuk kesihatan dalaman dan kejelitaan seorang wanita.
Di samping membantu memelihara kulit anda daripada kerosakan akibat toksin dan sinaran UV, tumbuh-tumbuhan bermutu tinggi seperti Aloe Vera, Acai, tomato dan strawberi terbukti berupaya memelihara kelembapan kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti jerawat, parut, jeragat dan tona kulit yang tidak sekata seterusnya menjadikan kulit anda tampil lebih remaja dan berseri.
Herba Pueraria Mirifica contohnya bukan sahaja mampu membentuk payudara yang lebih besar dan anjal, malah turut berupaya mengatasi masalah keputihan, kesakitan pada bahagian rahim serta gejala menopaus yang sering mengganggu keselesaan. Produk ini turut mengandungi Kacip Fatimah, Manjakani dan Serapat yang terbukti berupaya mengatasi masalah sakit puan, senggugut, sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak stabil di samping mampu membantu anda menentang serangan kanser rahim dan payudara.
Selain itu, Jelitawan turut diperkaya dengan khasiat dari sumber sarang burung layang-layang, madu dan Habbatussauda bersama ramuan lain yang terbukti mampu menjana tahap tenaga dan kecergasan di samping membantu mengawal paras kolestrol, meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah dan menguatkan daya ketahanan tubuh seterusnya membantu memelihara kesihatan tubuh badan anda secara menyeluruh.
KHASIAT JELITAWAN
- Melambatkan proses penuaan
- Mengatasi keletihan dan kelesuan tubuh badan
- Mengetatkan otot faraj
- Merawat masalah keputihan, senggugut, dan kitaran haid yang tidak stabil
- Meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita
- Menganjal dan membesarkan saiz payudara
- Mengatasi masalah sakit puan serta menentang serangan kanser payudara dan rahim
- Mencegah gejala menopaus
- Mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita
- Menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin
- Mengekalkan berat badan yang ideal
- Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut, jeragat dan kulit kusam
- Memelihara keremajaan kulit
- Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
- Meningkatkan tahap metabolisme
- Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
- Mengukuhkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit
KANDUNGAN JELITAWAN
Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini mengandungi vitamin B kompleks yang berupaya membantu meningkatkan metabolisme manakala gabungannya bersama vitamin A dan E serta asid folik dan niasin berperanan mempercepatkan proses pembakaran lemak bagi membantu mengawal berat badan. Selain itu, Aloe Vera juga mampu mengurangkan tahap gula dalam darah dan membersihkan perut, selain menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit.
Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita. Ia turut berupaya menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin.
Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat untuk kesihatan kulit dan tubuh badan manusia. Ia mengandungi asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Ia turut berupaya meredakan tekanan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, serta membantu mengukuhkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
Anggur: Anggur sememangnya kaya dengan vitamin K yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah. Kandungan Vitamin B2-nya pula berfungsi menentang radikal bebas, meningkatkan tahap tenaga serta membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu juga, anggur turut berupaya meningkatkan kandungan glutathione di dalam darah, melambatkan proses penuaan serta membantu menentang serangan kanser dan radang.
Tomato: Selain membantu memelihara kecantikan kulit dan melindunginya daripada kerosakan, tomato kaya dengan vitamin C yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan, malah berupaya meningkatkan tahap metabolisme, memperbaiki sel tubuh serta mengawal tahap kolestrol dan tekanan darah seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung.
Kunyit: Kunyit mengandungi serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta mengurangkan masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta turut berupaya merawat masalah radang.
Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan serta kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain meningkatkan tahap metabolisme, madu turut berupaya menstabilkan tekanan darah, meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah serangan penyakit serta bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah berupaya melambatkan proses penuaan sel, mengatasi masalah sakit puan serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.
Serapat: Akar serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Ia juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan dalaman kaum wanita.
Pueraria Mirifica: Selain berupaya menganjal dan membesarkan saiz payudara serta mengatasi masalah keputihan, rahim dan menopaus bagi kaum wanita, herba ini turut berupaya mengatasi osteoporosis dan menentang serangan kanser dengan bantuan kandungan phytochemical seperti daidzein, genistein, tectorigenin dan perarin. Ia juga bersifat antioksidan dan berupaya mengatasi masalah kulit seperti tompok-tompok penuaan, kulit kering dan berjerawat, di samping membantu melangsingkan tubuh badan dan meningkatkan tahap tenaga.
Nanas: Nanas kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang memelihara kesihatan kulit, meningkatkan tahap metabolisme bagi membantu menjana pembakaran lemak dalam tubuh serta Pectin yang merupakan serat mudah larut dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Nanas kurang kandungan kalori dan bebas dari lemak, serta mengandungi enzim Bromolina yang berfungsi sebagai agen anti-radang yang mampu memelihara kesihatan otot dan kulit, sekaligus berupaya mengurangkan selulit.
Roselle: Roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit dan kesihatan jasmani. Roselle juga mengandungi vitamin B1, B2 dan D yang berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung selain kandungan serat yang bertindak melancarkan sistem pencernaan seterusnya membantu mengawal dan mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Pueraria Lobata: Pueraria Lobata sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Herba ini mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ di samping nutrien isoflavon yang bersifat antioksidan serta mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko serangan kanser payudara.
Garcinia Cambogia:Garcinia Cambogia mengandungi asid hidroksisitrik yang berupaya mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh, mengawal selera makan serta menggalakkan pembakaran kalori sekaligus membantu mengawal berat badan anda. Ia juga ternyata baik untuk kecantikan dengan sifat antioksidannya yang mampu melambatkan proses penuaan bagi mengekalkan keremajaan kulit anda dari dalam.
Psyllium: Herba ini tinggi kandungan serat yang berupaya meningkatkan tahap metabolisme dan mengawal paras kolestrol seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung selain turut berkesan untuk mengatasi masalah kulit seperti jerawat, kedutan dan kulit kusam.
Goji: Goji kaya dengan vitamin B1 (Thiamin) dan kalsium yang berupaya meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan lemak berlebihan dalam tubuh, manakala asid Amino L-glutamine dapat meningkatkan penghasilan tisu otot tanpa lemak. Goji juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh di samping menjana tenaga fizikal, memelihara sistem penghadaman, mengurangkan kekejangan dan keletihan otot serta melegakan masalah sindrom pra-haid bagi kaum wanita.
Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C yang berupaya menyingkirkan toksin dan meningkatkan metabolisme serta ternyata baik untuk kecantikan dan keremajaan kulit. Ia juga sarat dengan serat yang memastikan kelancaran sistem penghadaman, selain magnesium dan potassium yang mampu mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu menstabilkan tekanan darah, serta memelihara kesihatan jantung.
Astaxanthin: Astaxanthin merupakan agen antioksidan yang sering terkandung di dalam ramuan semulajadi seperti ikan salmon, yis, ketam dan udang. Selain meneutralkan kesan radikal bebas bagi mencegah kerosakan sel, astaxanthin turut berupaya melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit seperti radang, kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia turut mampu menguatkan sistem imunisasi, mengurangkan tahap kolestrol dan gula dalam darah serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV).
Acai: Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas, mencegah proses penuaan serta mengatasi masalah jerawat, parut dan tona kulit yang tidak sekata. Selain itu, Acai turut berupaya melancarkan peredaran darah, mengurangkan paras kolestrol, mengatasi masalah senggugut, meredakan tekanan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Maquiberi: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan sekaligus membantu menentang risiko serangan kanser. Ia juga berupaya mengatasi masalah kedutan dan garis-garis halus seterusnya membantu melambatkan proses penuaan dan menyerlahkan keremajaan kulit. Ia juga berupaya menentang radang serta menguatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah serangan penyakit.
Mengkudu: Mengkudu berkesan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah penyakit, memulihkan semula sel dalam tubuh, melancarkan proses penghadaman, membasmi bakteria serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan. Ia juga berupaya memelihara kelembapan dan kecantikan kulit di samping membantu mengatasi masalah keputihan dan kegatalan serta menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita.
Sarang Burung: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi kandungan protein yang tinggi (60%), 18 jenis asid amino, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium, fosforus dan magnesium. Semua nutrien tersebut penting untuk memelihara kesihatan, keanjalan dan kecantikan kulit di samping membekalkan tenaga untuk kecergasan tubuh badan, melancarkan proses penghadaman, mengekalkan tisu tubuh yang sihat serta membantu mengukuhkan sistem imunisasi bagi membantu menentang serangan penyakit. Ia juga berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit kencing manis, menstabilkan tekanan darah serta membantu mengurangkan keletihan dan kekejangan otot.
Manggis: Manggis sememangnya kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi mencegah kerosakan sel, menentang proses penuaan dan serangan kanser di samping membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit. Ia turut berkesan untuk mengatasi masalah kulit seperti jerawat, kulit kering dan berminyak.
Peria: Selain berfungsi sebagai bahan masakan, peria telah digunakan sejak berabad lamanya untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, buasir, cirit-birit, demam serta jangkitan cacing. Selain itu, peria turut membantu menggalakkan pertumbuhan rambut serta merawat bahagian tubuh yang bengkak dan berbisul.
Spirulina: Spirulina merupakan cyanobakteria atau alga yang kaya dengan protein, asid amino, dan Omega-3 yang membantu menghalang peningkatan kadar glukosa atau gula dalam badan sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis, mengekalkan kandungan kolagen dalam kulit tubuh serta membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Di samping itu, spirulina turut mengandungi klorofil, asid folik, vitamin B1, B2, B3, B6, B9, C, A dan E serta potassium, zat besi, magnesium dan kalsium yang mampu menyahtoksin, meningkatkan sistem imunisasi, mengatasi penyakit jantung, memelihara kulit daripada bahan kimia dan sinaran ultraungu (UV) yang berbahaya di samping mengukuhkan tulang dan gigi, menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.
Teh Hijau: Teh hijau kaya dengan antioksidan yang bukan sahaja mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan, malah turut berupaya menghalang sel-sel lemak daripada menyerap glukosa serta dapat membantu dalam pembakaran kalori dan meningkatkan tahap metabolisme bagi mengekalkan berat badan yang ideal.
Inai: Di samping membantu merawat masalah rambut gugur dan kelemumur, daun inai juga mampu menyembuhkan luka dan kudis, merawat masalah keputihan, mengatasi penyakit kulit serta bersifat astringen yang berupaya mengawal pendarahan atau haid yang berlebihan.
Rumpai Laut: Rumpai laut kaya dengan nutrien seperti alginate iaitu sejenis serat yang terkandung di dalam rumpai laut berperanan melancarkan proses penghadaman, mengawal selera makan serta mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga berupaya menyingkirkan toksin, melancarkan proses perkumuhan, menurunkan paras kolestrol bagi memelihara kesihatan jantung di samping membantu mengawal berat badan.
Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Sirih: Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita selain menentang sebarang jangkitan mikroorganisme seperti kuman dan bakteria serta merawat masalah jerawat dan kegatalan pada kulit.
Asam Gelugur: Asam gelugur kaya dengan khasiat, asid sitrik, serat, vitamin dan mineral serta bersifat antioksidan yang membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Asid askorbik yang terkandung dalam asam keping ini pula berperanan untuk memelihara kulit daripada serangan bakteria seterusnya mencegah masalah bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim.
Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Di samping membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan mengekalkan keremajaan kulit, vitamin C juga berupaya menyingkirkan toksin dan meningkatkan metabolisme tubuh bagi mengekalkan berat badan yang ideal.
Ashwagandha: Herba yang digelar ginseng India ini sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi menguatkan otot dan tulang, mengatasi keletihan, membekalkan tenaga fizikal dan menta, meningkatkan sistem imunisasi, serta mengatasi masalah tidur. Ashwagandha juga berupaya meredakan tekanan, menstabilkan tekanan darah, memelihara jantung, mengatasi masalah kesuburan di samping menggalakkan fungsi dan keinginan seksual para isteri.
Prun: Buah pic tinggi kandungan antioksidan yang berupaya melindungi sel kulit dan tubuh daripada kerosakan selain membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, buah pic turut kaya dengan sumber Vitamin A, C, E dan K serta serat, potassium, fosforus, zink, kalsium dan magnesium. Nutrien-nutrien tersebut terbukti berupaya melancarkan proses penghadaman, memelihara kesihatan kulit, menggalakkan pertumbuhan tisu kulit, menyingkirkan toksin dan membantu menentang risiko kanser.
Dextrose Monohydrate: Selain menambah rasa manis pada makanan, sebatian yang turut dipanggil glukosa ini sering terkandung di dalam tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh dan mencegah proses penuaan kulit.
CARA PENGGUNAAN JELITAWAN
- Bancuh 1 sachet Jelitawan bersama segelas air kosong.
- Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
- Ambil 1-2 sachet sehari setiap kali selepas makan.
PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!
JUM FOLLOW SAYA DI
INSTAGRAM: Zizi Ezzeta Mad
No comments:
Post a Comment