RM300
POS RM10
POS RM10
Kandungan Set Bersalin Ibu Halimah
Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram
Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul
Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml
Pilis 1 bekas 200 gram
Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
Bengkung 1 helai
Tungku Kukus Berherba 1 unit
Jamu Mak Dara
Jamu
Mak Dara adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan
sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang
semuladi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan
pada tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tubuh.
Khasiat Jamu Mak Dara
Ia
membuang toksik dalam badan, menyuburkan rahim, mengatasi masalah
keputihan, merapatkan faraj, menambahkan nafsu syahwat, mengembalikan
tenaga, memperbaiki sistem kitaran haid, membuang angin, membakar lemak,
menurunkan berat badan, mengatasi masalah bau badan, sakit pinggang dan
lemah badan serta berfungsi sebagai awet muda.
Pemakanan
dan pengamalan Jamu Mak Dara secara teratur dan konsisten menggalakkan
kesihatan dalaman wanita sehingga terpancar keluaran tubuh wanita.
Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Serbuk)
Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara(serbuk) ke dalam setengah cawan air panas.
Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara.
Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.
Sekiranya
menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan
sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air
Jamu Mak Dara memasuki laluan susu.
Banyakkan minum air suam ketika berpantang.
Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.
Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Kapsul)
Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan.
Banyakkan
minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk
peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum ,
buah kundur dan lain lain ketika berpantang.
Juga
elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh
bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan
memudaratkan kesihatan tubuh.
Losyen Ibu Halimah
Losyen
Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan
suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia
juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan
mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.
Cara Guna Losyen Ibu Halimah
Di
gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan
terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali
selepas mandi.
Pilis
Pilis
di gunakan untuk melegakan sakit-sakit di bahagian ubun dan pening
kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa dialami ibu
ibu baru lepas bersalin.
Cara Guna Pilis
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.
Bedak Sejuk
Bedak
sejuk di gunakan untuk menghilangkan ruam pada muka dan membersihkan
liang-liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher
supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.
Cara Guna Bedak sejuk
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes.
Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam.
Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.
Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.
Rempah Mandi
Rempah
mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan
badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada
tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki
liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga
sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit
pecah.
Cara Guna Rempah Mandi
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.
Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).
Mandi menggunakan air rempah secukupnya.
Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru.
Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.
Bengkung
Bengkung
Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan
sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara
sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin
selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
Kebaikan
bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu
yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan
bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat
mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan
betul.
Cara Guna Bengkung
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
Adalah
di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu Losyen Ibu Halimah
terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan
losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan
punggung serta mengempiskan bahagian perut.
Di
sarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke
malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. (akan di sertakan gambar
setiap kali pembelian 1 set).
Tungku Kukus Herba
Tungku
Kukus Herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia
bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai
kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang
liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah
ratus oleh tubuh.
Di
gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan.
Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan
memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang.
Cara Guna Tungku Kukus Herba
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab.
Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah.
Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.
Maklumat Lain Berkenaan Set Bersalin Ibu Halimah
No Pendaftaran KKM:
Jamu Mak Dara (Serbuk): MAL 08010751TC
Jamu Mak Dara (Kapsul): MAL 07081636TC
Losyen Ibu Halimah: NOT 080500746K
Pilis: NOT 080801652K
Bedak Sejuk: NOT 080801
PM 014 8798684 (ZIZI) [Watsap/wechat/sms]
TLG HANYA BERURUSAN DGN NO HP INI!
JUM FOLLOW SAYA DI
INSTAGRAM: Zizi Ezzeta Mad
No comments:
Post a Comment